Proud to be Malaysian ;)

logo

hoolaaaa, kenapa hari ni nak citer PROUD TO BE MALAYSIAN ! haa, semalam Malaysia menang menentang Indonesia. haaa, selain itu Malaysia pun mengekalkan rekod tanpa kalah di Indonesia :)
Skuad bola sepak menangi "ibu segala pingat", malam tadi apabila pemain Harimau Muda GARANG mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut menewaskan tuan rumah Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan. 

Walaupun sorakan dan ejekan lebih 100,000 penyokong Garuda Muda tetapi ia gagal menyekat impian Ong Kim Swee dan pemain Harimau Muda yang datang dengan berbekalkan mental yang kuat mengatasi sorak di Stadium Gelora Bung Karno untuk memiliki pingat emas paling bernilai di Sukan SEA di laman sendiri.

"Keletihan kami sepanjang saingan bukan kerana lawan kuat tapi perjalanan ke stadium temu Indonesua peringkat kumpulan dan final... Keletihan ini berbaloi." - Ong Kim Swee, Ketua Jurulatih Harimau Muda

Foto

Skuad Harimau Muda meraikan kejuaraan mereka menewaskan Indonesia !

Okayyy, Syahirah nak citer pulak pemain yang syahirah minati di entry yang akan datang ! Boboi :)